Pages

Friday 26 October 2012

Aktiviti di dalam kelas : Membuat stabail rama-rama~

Assalamualaikum w.b.t ^_____^

Saya telah membuat aktiviti di dalam kelas
bersama anak-anak murid saya iaitu 
kami membuat stabail rama-rama~
^______^

Mari sama-sama kita lihat~

Ini adalah peralatan yang kami gunakan~ :)
(straw, pensil warna, gambar rama-rama, sailortape & gunting)



Semuanya sibuk mewarna mengikut kreativiti masing-masing~ :)





Setelah selesai mewarna, murid-murid pun mula
menggunting rama-rama mengikut bentuk~ :)




Kemudian, lekatkan rama-rama tersebut bersama straw~ :)


Siap! ^____^
hasilnya akan saya sertakan di 'entry' akan datang~ :)
Wassalam~

6 Tunjang KSPK


Assalamualaikum w.b.t

Terdapat 6 Tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah (KSPK)~:

  1. Tunjang komunikasi.
  2. Tunjang kerohanian, sikap dan nilai.
  3. Tunjang ketrampilan diri (Perkembangan sosioemosi).
  4. Tunjang perkembangan Fizikal dan estetika (Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan/Perkembangan Kreativiti).
  5. Tunjang Sains dan Teknologi (Awal sains dan awal matematik).
  6. Tunjang Kemanusiaan (Perkembangan Kreativiti).

Tuesday 23 October 2012

Objektif

Assalamualaikum w.b.t ^____^

Topik hari ini:
Setiap perkara ada objektifnya..Apa pula Objektif Kurikulum Standard Prasekolah?

Kurikulum Standard Prasekolah kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek dan rohani seperti berikut:
  1. Membina kecergasan badan.
  2. Mempunyai tubuh badan yang sihat.
  3. Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.
  4. Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.
  5. Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.
  6. Mempunyai kematangan emosi.
  7. Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.
  8. Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.
  9. Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.
  10. Boleh bekerja secara sendirian dna juga bekerja secara berkumpulan.
  11. Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk hubungan positif dengan orang dewasa serta rakan sebaya.
  12. Mengamalakan nilai-nilai murni.
  13. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
  14. Berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa penghantar dalam konteks kehidupan harian.
  15. Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas.
  16. Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah.
  17. Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.
  18. Mengembangkan daya kreatif dan estetika.
  19. Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

Tuesday 16 October 2012

Matlamat

Assalamualaikum w.b.t ^_____^


Apakah Matlamat Pendidikan Prasekolah?


Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan social melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

Monday 8 October 2012

Falsafah Pendidikan kebangsaan


Assalamualaikum w.b.t ^_____^

Tahukah anda apakah Falsafah Pendidikan Kebangsaan? 


Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti berikut:


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan kearah memperkembangankan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini dalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berpengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.
 
SELAMAT DATANG KE BLOK SAYA

Sample text

Sample Text